Sunday, October 31, 2010

Realtel terbaru diMalaysial



Kadar keuntungan ialah 5% . Agen jualan diperlukan diseluruh Negeri di Malaysia . Untuk Pantai Timur , sila hubungi
Zabidi 0139844007.

Sunday, October 17, 2010

S10002


Kain Songket S1000
Saiz : 2 meter ( biasa )
Saiz boleh ditempah mengikut kehendak pelanggan ( perubahan harga mengikut saiz )
Harga RM200
Kos penghantaran RM7.00 ( Semenanjung Malaysia )
Sabah , Sarawak RM10.00
Brunei , Sinapura RM20.00

Vehicle for sale


Tuesday, October 12, 2010

Jual Topup melalui Blog

Kini terdapat cara untuk mendapatkan topup tanpa perlu kemana-mana , dengan hanya menggunakan Internet dan layari blog On9 topup , anda akan dapat menambah nilai kredit panggilana anda .
Cara- caranya :
1.  Layari on9 topup
2. Buat bayaran melalui Online banking ( rujuk keterangan )
3. Masukkan pesanan ke dalam shout box dengan maklumat tersebut
a. No line : 019/012 ditambah 4 no belakang : 013 - 0001234
b. Jumlah topup
c. Tarikh dan Masa pesanan dibuat .


Anda akan menerima topup terus ke hanphone anda .

Tuesday, October 5, 2010

Songket siri S1000

Kain Songket S1000
Saiz : 2 meter ( biasa )
Saiz boleh ditempah mengikut kehendak pelanggan ( perubahan harga mengikut saiz )
Harga RM200
Kos penghantaran RM7.00 ( Semenanjung Malaysia )
Sabah , Sarawak RM10.00
Brunei , Sinapura RM20.00

Sunday, October 3, 2010

Pengenalan

Songket amat terkenal dikalangan penduduk Asia terutama di Indonesia dan Malaysia .Ini adalah kerana kehalusan seni serta kaedah pembuatannya yang memerlukan teknik - teknik tertentu menjadikan hasilnya yang menarik  .
Kebiasannya pekerjaan menghasilkan kain songket diusahakan oleh masyarakat kampung yang dahulunya dijadikan sebagai pekerjaan harian dan juga pendapatan tambahan terutama di kawasan Pantai Timur iaitu Terengganu ., Proses ini dikenali sebagai menenun kain iaitu dengan menggunaakan alatan menenun yang diperbuat daripada kayu dan juga benang sebagai bahan utama dalam menghasilkan kain songket .

Didalam era kemodenan ini , hasil tenunan semakin bertambah tetapi kualiti kain seringkali dipersoalkan , ini adalah berikutan ketelitian dalam menghasilkan kain songket dengan penggunaan mesin tidak dapat ditandingi dengan kaedah tradisional . 

Sehubungan itu , ada masyarakat kampung masih mengekalkan kaedah tradisonal demi menjaga kualiti kain songket yang dihasilkan menepati kriteria asli sepertimana dahulu .Berikutan itu , sambutan dari masyarakat asing amat menggalakkan serta menjadikan nilai kain songket semakin tinggi . Harga pasaran kain songket semakin tinggi tetapi ketelitian memilih kain yang dibeli amat digalakkan .

Tulisan :
Yo & Ellie
Pengusaha dan pengedar kain songket Terengganu .
Buatan tangan .

Sejarah

Sejarah

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.
Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket:
Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih
Corak

Corak kain songket lazimnya terdiri dari:
Susunan bunga penuh
Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak
Proses Pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah benang �karat butang� disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.
Mencelup benang




Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang




Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng benang




Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
Menggulung


Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.
Menyapuk benang




Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.
Mengarak benang




Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.
Menyongket benang




Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.
Menenun




Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Penggunaan

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.
Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.