Sunday, October 3, 2010

Pengenalan

Songket amat terkenal dikalangan penduduk Asia terutama di Indonesia dan Malaysia .Ini adalah kerana kehalusan seni serta kaedah pembuatannya yang memerlukan teknik - teknik tertentu menjadikan hasilnya yang menarik  .
Kebiasannya pekerjaan menghasilkan kain songket diusahakan oleh masyarakat kampung yang dahulunya dijadikan sebagai pekerjaan harian dan juga pendapatan tambahan terutama di kawasan Pantai Timur iaitu Terengganu ., Proses ini dikenali sebagai menenun kain iaitu dengan menggunaakan alatan menenun yang diperbuat daripada kayu dan juga benang sebagai bahan utama dalam menghasilkan kain songket .

Didalam era kemodenan ini , hasil tenunan semakin bertambah tetapi kualiti kain seringkali dipersoalkan , ini adalah berikutan ketelitian dalam menghasilkan kain songket dengan penggunaan mesin tidak dapat ditandingi dengan kaedah tradisional . 

Sehubungan itu , ada masyarakat kampung masih mengekalkan kaedah tradisonal demi menjaga kualiti kain songket yang dihasilkan menepati kriteria asli sepertimana dahulu .Berikutan itu , sambutan dari masyarakat asing amat menggalakkan serta menjadikan nilai kain songket semakin tinggi . Harga pasaran kain songket semakin tinggi tetapi ketelitian memilih kain yang dibeli amat digalakkan .

Tulisan :
Yo & Ellie
Pengusaha dan pengedar kain songket Terengganu .
Buatan tangan .

No comments:

Post a Comment